CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

welcome


I made this widget at MyFlashFetish.com.

mila's song

Full house theme song

Tuesday 6 July 2010

nope....

dlm idop kte nie,sng je kte nk ckp mcm2 tnpa pkr perasaan org len...kdg2 bnda yg kte rase kecik tu la sbnrnye ley musnahkn sesuatu hubungan..ego?yup,smua org ade ego x kire lelaki @ pmpuan..kdg2 kte pn trpkse prthnkn ego kte n pntingkn dri sndri supaya org len x sng2 nk pijak kepala kte...salam.

friendship..

friendship is an onion..it has many layers in it..adds tastes to your life..but if u try to cut it u will get nothing but tears..

Thursday 1 April 2010

life...

salam...ary nie mcm2 ley jdi dlm idop kte kn...rase x aman je ngn mcm2 kes yg kte dgr...lau kslhn yg brlaku mnjdi 1 kebanggaan pd kte,maka sedarlah...jgn terus leka & khayal ag..pesan buat dri sndr & kwn2,jge dri & keluarga..salam persahabatan...

Wednesday 31 March 2010

Full House





Monday 29 March 2010

janji

promises are like snowballs,easy to make but very hard to keep...

Sunday 28 March 2010

thanks to u....

salam...utk kwn2 smua..trme ksh sbb sllu ade masa sng dan ssh..n thanks to umair sbb da bnyk tlg aq...n kgkwn len,erti seorang SAHABAT x kn kita tahu kecuali apabila kita diuji...n to someone,thanks for everything......

Tuesday 23 March 2010

fwenz

hikmah

Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah semakin mustajab doanya, bukan perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam kesulitan ada ketenangan memagar kekuatan....

Tuesday 16 March 2010

Hanazakari no kimitachi e (Hanakimi)

My favourite...






Thursday 11 March 2010

aQ nyer....

i'll lend u my shoulder for u to cry on,my ears to listen to,my hands for u to hold,my feet to walk with u,but i can't lend u my heart...coz' it already belongs to someone...

Friday 5 March 2010

6 MASALAH KULIT AKIBAT STRES

  • Jerawat mudah tumbuh
  • Kulit menjadi kering
  • Kulit menjadi sensitif secara tiba-tiba
  • Wajah semakin berminyak
  • Kulit kusam
  • Kedutan halus muncul

KELEBIHAN SEORANG MUAZIN

Di antara orang-orang yang jelas kelihatan kemuliannya pada hari akhirat nanti adalah para muazin, iaitu orang yang suka mengumandangkan azan ketika masuknya waktu solat. Pada hari itu mereka adalah manusia yang lehernya paling panjang dan indah. Imam Muslim dan Muawiyah bin Sufyan memberitahu, mereka pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Orang-orang yang mengalunkan azan adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari akhirat nanti. Leher itu indah, dan ia sesuai dengan perbuatan yang telah mereka lakukan."

Rasulullah s.a.w. Menolong Wanita Tua

Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. sedang berjalan di kota Mekah, baginda telah melihat seorang wanita tua menunggu seseorang untuk membantunya membawakan barang. Tatkala Rasulullah s.a.w. lalu di depannya, wanita tua itu memanggil,"Ya Akhal Arab! Tolong bawakan barang ini. Kamu akan aku bayar nanti!".
Rasulullah s.a.w. sebenarnya sengaja berbuat demikian kerana baginda memang berniat untuk menolongnya. Rasulullah pun mengangkat barang-barang itu dan berkata,"Aku akan mengangkat barangmu tanpa bayaran."
Wanita tua itu amat senang mendengar kata-kata tersebut kerana selama ini amat jarang orang yang membantunya tanpa meminta upah. Biasanya, walaupun tidak meminta, tetapi jika wanita itu memberi bayaran, orang dengan senang akan menerimanya. Dia memandang wajah Muhammad yang bersih dan teduh. Wanita tua itu yakin anak muda yang menolongnya itu adalah seorang yang berbudi luhur dan jujur.
Di tengah perjalanan, wanita itu memberitahu, "Khabarnya di kota Mekah ini ada seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai nabi, namanya Muhammad. Hati-hatilah dengan orang itu, jangan sampai engkau terpedaya dengannya!".
Wanita tua itu sama sekali tidak mengetahui pemuda yang menolongnya yang kini ada bersamanya, adalah Muhammad. Lantas Nabi pun memperkenalkan dirinya, "Aku ini Muhammad...".
Wanita tua itu terperanjat. Dia tidak menyangka sama sekali pemuda yang menolongnya itu adalah orang yang sangat dibencinya. Maka pada saat itu juga wanita tersebut terus mengucapkan syahadah. Ucapnya, "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan engkau adalah Rasulullah, dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang luhur!".

Tips Memilih Makanan Sihat

  • ambil makanan yang kaya nutrisi
  • ambil biji-bijian penuh, buah dan sayuran
  • atur berat badan seimbang
  • makan dalam ukuran yang sederhana
  • makan secara teratur
  • kurangkan makan, bukan membataskan kuantiti makanan
  • seimbangkan pilihan makanan setiap hari
  • ketahui kesukaran program diet anda
  • buat perubahan secara bertahap
  • ingat, makanan bukan kebiasaan buruk

Thursday 4 March 2010

Cantik di Hati

kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa,Penciptanya.

Wednesday 3 February 2010

Tanda-tanda kematangan

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Friday 29 January 2010

Nafsu oh nafsu!

Saya nak kongsi mengenai apa yang saya dapat hari ni. Hari ni, ditakdirkan Allah, Allah memberi peringatan kepada saya semua mengenai NAFSU. Pagi-pagi saya dah dapat mesej mengenainya, mesej tu berbunyi:

"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri, satu ketika aku mengalahkannya. dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya" (Sufyan At-Thauri)



Memang betul, ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita. Bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita, tapi malangnya bilamana iman kita kurang, nafsu yang mengawal dan pandu kita. Nauzubillah.


Sedang saya menyambung bacaan sebuah buku yang masih belum saya habis baca, saya terjumpa mengenai nafsu lagi. Wah, hari ni topik dan peringatan untuk saya mengenai nafsu nampaknya, Alhamdulillah!


Ia adalah kunci untuk kita mengekang hawa nafsu kita. Kuncinya ialah:

"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu, sedangkan ketika ia menyerang, ia menguasai 2/3 akal. Maka tiada jalan lain melainkan SABAR" (Imam As-Syafie)



Subhanallah, besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita. Patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar. Seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran "BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR", dan dalam ayat yang lain "SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa"ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR", masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni?


Ya Allah, jauhi aku daripada pautan nafsu syaitan durjana ya Allah. Saya teruskan bacaan saya lagi, dalam ayat seterusnya menceritakan mengenai PENCINTA ALLAH, bagaimana SI PENCINTA ALLAH ITU? Apa kaitan dengan nafsu pulak?

PENCINTA ALLAH ITU IALAH: "Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" (Abu Bakar al-Kattani)



Mari muhasabah diri, ada kita punyai ciri-ciri di atas? Jujurnya, saya masih bermasalah dalam mengawal nafsu, maka masih tidak layak bergelar PENCINTA ALLAH. Mengatakan sayang dan cinta amat mudah, tapi dalam membuktikan rasa sayang dan cinta itu amat payah, ditambahi lagi dengan ujian-ujian yang menimpa diri.


Ingatlah kita, NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN! Bila nafsu kuasai diri, ini yang akan terjadi:

"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati gelap, maka dada kan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)



Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana dan kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang yang SABAR.

Wednesday 27 January 2010

sayang ibu ayah selamanya...